Plot Darlings (filem)

Hamza merupakan seorang peminum arak tegar dan selama tiga tahun perkahwinan, pada setiap malam, selepas minum, dia akan memukul isterinya Badru. Badru mencari banyak cara untuk membuatnya berhenti minum, salah satunya adalah mendesak Hamza mempunyai anak. Hamza sentiasa bertelagah dengan jiran-jiran yang lain untuk pengubahsuaian chawl yang mereka diami. Zulfi, yang melakukan kerja-kerja sampingan di sekitar chawl, sering melawat Badru dan ibunya Shamshu. Dia sedar akan penderaan yang dialami Badru pada setiap hari. Dia memfailkan aduan terhadap Hamza kerana penderaan fizikal. Hamza telah ditangkap tetapi berjanji dengan Badru akan berhenti minum apabila mereka mempunyai anak. Badru menarik laporan terhadap Hamza meskipun dihalang oleh ibunya. Selepas dibebaskan, Hamza masih tidak berubah. Hamza kemudian mendapat tahu bahawa hatinya sirosis dan dia perlu berhenti minum atau dia akan mati. Petang itu, apabila pulang ke rumah, Hamza mengetahui bahawa Badru mengandung anak mereka, dan dia berpura-pura berhenti minum untuk menunaikan janjinya. Pada hakikatnya, dia berhenti minum kerana sirosis dan bukan kerana kehamilan Badru. Sementara itu, Hamza sangat teguh untuk mengetahui siapa yang memfailkan aduan terhadapnya. Dia akhirnya mendapat tahu bahawa Zulfi melakukannya. Walaupun mengetahui Badru mengandung, Hamza tetap memukulnya, curiga Badru dan Zulfi sedang bercinta. Dia curiga anak yang dikandung Badru bukan miliknya. Hamza memukul Badru dengan kejam dan menolaknya jatuh ke tangga, yang mengakibatkan dia mengalami keguguran. Pada hari itu Hamza tidak berada di bawah pengaruh alkohol. Selepas dimasukkan ke hospital dan keguguran, Badru berikrar akan melayan Hamza seperti mana layanan Hamza kepadanya. Dia bersama ibu dan Zulfi merancang untuk memberi pengajaran kepada Hamza.

Rujukan

WikiPedia: Darlings (filem) http://www.imdb.com/title/tt4152140/ https://www.easterneye.biz/roshan-mathew-on-darlin... https://www.bollywoodhungama.com/news/bollywood/da... https://www.bollywoodhungama.com/news/bollywood/sh... https://www.bollywoodhungama.com/news/bollywood/sh... https://www.bollywoodhungama.com/news/features/ali... https://www.bollywoodhungama.com/news/features/sha... https://dubaibliss.com/alia-bhatts-starrer-darling... https://www.filmfare.com//news/bollywood/alia-bhat... https://www.filmfare.com/news/bollywood/alia-bhatt...